top of page

ANGKASA LEPAS 

 

Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit.[1] Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoritiplasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

 

Stesen Angkasa Antarabangsa (B. Inggeris: International Space Station ISS) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit. 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Roket merupakan pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket. Ekzos ini terhasil dari satu atau lebih bahan api yang dibawa dalam roket sebelum dilancarkan. Tujahan ini digambarkan mengikut Hukum Pergerakan Newton ke-3. Sering kali takrifan roket digunakan untuk merujuk kepada enjin roket.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


pesawat ulang alik (bahasa Inggeris:Space Shuttle atau nama rasminya Space Transportation System atau STS) merupakan sejenis kenderaan angkasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk digunakan bagi misi penerbangan ulang-alik ke angkasa. Bolak balik angkasa, tidak seperti kenderaan angkasa yang lain dapat digunakan berulang-ulang kali. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Prob angkasa lepas merupakan satu prob yang mengembara merentasi ruang angkasa untukmengumpul maklumat.Prob angkasa lepas tidak mempunyai angkasawan.Prob menghantar datakembali ke bumi untuk dikaji oleh saintis. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Teleskop Angkasa Hubble (HST) adalah sebuah teleskop mengelilingi Bumi, dinamakan selepas ahli astronomi Edwin Hubble pada penemuannya pada galaksi di luar Bima Sakti dan ciptaan Peraturan Hubblenya, yang mengira kadar angkasa berkembang. Kedudukannya di luar atmosfera Bumi membenarkannya untuk mengambil gambar optikal tajam pada objek yang sangat malap, dan semenjak pelancarannya pada 1990, beliau menjadi salah satu alat terpenting dalam sejarah astronomi.

 

sumber : wikipedia

 

 

 

 

 

 

 

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • Google+ App Icon
bottom of page