Laman web ini dicipta sempena pertandingan merekacipta laman web falak/astronomi sekolah-sekolah menengah 2015. Laman web ini dibangunkan oleh para pelajar SMK Sama Gagah. Maklumat di sini adalah dari sumber-sumber yang telah tertera.
LAMAN WEB FALAK/ASTRONOMI
SMK Sama Gagah,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Orbit
Di dalam fizik, orbit merupakan satu jalan/landasan yang dilalui oleh objek mengelilingi satu titik atau jasad, sebagai contoh sebuah orbit bergraviti sebuah planet mengelilingi sebuah bintang.
Dari segi sejarah, pergerakan nyata planet-planet pertama kali difahami secara geometri (dan bukan merujuk kepada graviti) di dalam istilah epicycle yang mana ia adalah jumlah beberapa pergerakan membulat. [1] Teori-teori yang meramalkan laluan planet-planet adalah cukup baik, sehingga Johannes Kepler dapat menunjukkan bahawa pergerakan planet-planet sebenarnya (sekurang-kurangnya) adalah pergerakan elips.[2]
Di dalam buku Principia karangan Isaac Newton (1687), Newton mengambil apa yang dikenali sekarang sebagai Hukum-hukum Kepler mengenai pergerakan planet dari satu teori berdasarkan daya graviti semesta.[3] Kemudian, Teori umum relativiti olehAlbert Einstein membolehkan kita mengira graviti disebabkan lengkungan ruang-masa, dengan orbit-orbit mengikuti geodesik.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Orbit