top of page
Laman web ini dicipta sempena pertandingan merekacipta laman web falak/astronomi sekolah-sekolah menengah 2015. Laman web ini dibangunkan oleh para pelajar SMK Sama Gagah. Maklumat di sini adalah dari sumber-sumber yang telah tertera.
LAMAN WEB FALAK/ASTRONOMI
SMK Sama Gagah,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.
sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Comet
bottom of page