top of page

ILMU FALAK

 

1.Pengukuran waktu

Menggunakan sukatan yang piawai dan dirujukkan kepada permulaan garisan langit tertentu. Dengan menggunakan ketinggian satu objek tegak (gnomon), pengukuran panjang bayang-bayang Matahari menggunakan skala dengan unit ‘pijak’ dan ‘jari’.

 

2.  Penentuan Arah Kiblat

Arah kiblat dinyatakan berdasarkan pengetahuan sains rakyat. Arah Matahari mati dimaksudkan sebagai arah di mana Matahari terbenam dalam pergerakan hariannya.Walaubagaimanapun, bagi Alam Melayu, arah Matahari terbenam berubah-ubah dengan sudut tertentu daripada garisan timur/barat.

 

https://ilmufalaksmsa.wordpress.com/2014/04/10/56/

 

 

[1.] QS. Al An’am [06] ayat 96:

Artinya: “Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang maha perkasa lagi maha mengetahui”. [QS. Al-An’am [06] : 96]

 

[2.] QS. Yunus [10] ayat 05:

Artinya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak, Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui”. [QS. Yunus [10] : 05]

 

[3.] QS. Al Baqarah [2] ayat 189:

Artinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadah) haji, dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa, dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung”. [QS. Al-Baqarah [02] : 189]

 

 

TOKOH-TOKOH FALAK

 

 

Nama asli dari al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau dilahirkan di Bukhara. Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logika, aritmatika, geometri, musik, ilmu hitung, sejarah Islam dan kimia. 

 

http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-al-khawarizmi.html 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, mate­matika, geometri, pengobatan, dan filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop. Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya. 

 

http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/02/biografi-ibnu-al-haitham.html

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Abu rayhan Muhammed Ibnu Ahmad Al-Biruni terlahir menjelang terbit fajar pada 4 september 973 M di Kath (Kiva sekarang). Sebuah kota di sekitar wilayah aliran sungai Oxus, Khwarizm (Uzbekistan). Masa kecilnya tidak banyak diketahui. Al-biruni dalam biografinya mengaku sama sekali tidak mengenal ayahnya dan hanya sedikit mengenal kakeknya.

Selain menguasai beragam ilmu pengetahuan, Al-biruni juga fasih dengan sederet bahasa seperti Arab, Turki, Persia, Sansekerta, Yahudi dan Suriah. Semasa muda dia menimba ilmu matematika dan astronomi dari Abu Nasir Mansur.

 

http://info-biografi.blogspot.com/2010/04/biografi-al-biruni.html

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAKWIM

 

Tanda-tanda musim yang berlaku secara berulangan dijadikan sebagai tanda waktu bagi merakamkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Tanda-tanda waktu ini juga merupakan tarikh purba yang terawal digunakan dengan simbol-simbol tertentu yang difahami oleh sesuatu kelompok masyarakat pada awalnya, dan akhirnya bertukar menjadi pemahaman umum. Tarikh atau takwim merupakan satu catatan masa mengenai peristiwa. Segala yang berlaku dalam masyarakat, seperti kelahiran, kematian,penaklukan dan sebagainya dicatatkan dengan merujuk sesuatu simbol masa. Justeru itu takwim atau tarikh merupakan catatan sejarah sebagaimana takrifan berikut; ‘tarikh itu ialah masa yang dibangsakan kepadanya waktu-waktu yang kemudian kerana termasyhur dan ternamanya dengan perkara yang berlaku padanya’.5 Dalam kebanyakan tamadun manusia, simbol bagi tarikh purba ini menggunakan objek yang ada di sekeliling mereka. Ini membawa kepada penggunaan nombor dan aksara bagi merakamkan tarikh dan peristiwa di prasasti, termasuk batu nisan, batu bersurat, ukiran dan lukisan mural di kuilkuil.

   Penggunaan tarikh yang berasaskan objek langit juga merupakan antara idea ilmu falak yang paling awal di Alam Melayu. Menurut Shaharir Mohamad Zain (2000:198), kebanyakan prasasti yang ditemui di Alam Melayu tidak mempunyai aksara angka secara tersurat, walaupun setengahnya ada perkataan-perkataan simbolik yang mewakili tarikh berbentuk nombor. Misalnya pada prasasti Canggul di Jawa Tengah yang tarikhnya ditafsirkan sebagai 652 Tahun Saka (730 M), menunjukkan takwim dalam bentuk pengetahuan ilmu falak telah digunakan. Manakala patung Amoghapasa di Padang Candi Sumatera didapati menggunakan simbol matahari bagi mewakili angka dua belas.

   Penggunaan simbol ini membuka persoalan yang lebih kompleks tentang hubungan antara angka dengan pemahaman ilmu falak. Ini disebabkan matahari dengan angka dua belas amat sinonim. Pergerakan tahunan bumi mengelilingi matahari berlaku pada latarbelakang dua belas buruj. Pemahaman ini telah wujud dalam semua tamadun yang lebih awal daripada Alam Melayu. Begitu juga dalam prasasti Kedukan Bukit di Palembang, Sumatera, Slametmuljana dalam Shaharir Mohamad Zain (2000:213) mencatitkan hubungan antara tarikh yang sepadan dengan fenomena fasa bulan. Justeru itu, objek langit, seperti bulan dan matahari serta fenomena yang ditunjukkannya, seperti tanda musim dan perubahan fasa bulan menjadi simbol bagi tarikh. Pengaruh orang-orang Hindu terhadap pengamalan takwim purba Alam Melayu hanya berlaku daripada aspek penggunaan istilah dan penyeragaman kaedah sahaja. Menurut (Raffles 1965:478), dalam takwim Hindu, sistem satu minggu tujuh hari atau ‘Ketika tujuh’ menggunakan sejumlah tujuh objek langit yang diketahui ketika itu; ‘Diti, Soma, Ang’gara, B’udha, Raspat’i, Sukra dan Sanischara’. Penggunaan nama hari ini digunakan juga dalam takwim Jawa/Hindu. Sistem satu minggu lima hari atau ‘Ketika lima’ pula berleluasa digunakan untuk tujuan ramalan dan firasat. Ketika lima ini disenaraikan dalam Mohd. Taib Osman (1989:145); ‘Maswara, Kala, Seri, Brahman dan Visnu’. Dalam sistem takwim tiga puluh hari, jumlah tiga puluh hari ini diambil daripada 28 manzilah bulan (‘nakshatras’) bulan dalam sistem takwim qamari dan ditambah dua hari ‘gelap’. Dalam ‘ilmu rejang’, unit unit nama hari ini menggunakan nama-nama haiwan tertentu sebagaimana disenaraikan dalam Skeat (1967:664).

   Selepas kedatangan Islam, aplikasi ilmu falak dalam takwim lebih jelas. Catatan tarikh pada batu-batu nisan dan batu bersurat menunjukkan tarikh Hijri lebih sarat dengan unsur-unsur ilmu falak. Pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kampung Tersat, Kuala Berang, Terengganu, terdapat catatan yang berkaitan dengan penggunaan takwim hijri, iaitu:

...... adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua ..… Begitu juga dengan tarikh yang tercatit pada batu nesan yang dijumpai di Permatang Pasir, Pekan, Pahang. Tulisan tarikh pada batu nesan berkenaan ditafsirkan seperti berikut,

…… waktu subuh hari Rabu 14 haribulan Rabiu Awal tahun hijrah 419…

(Othman Yatim et. al,1990)

   Sesuai dengan takwim yang menjadi penjalin hubungan rapat antara kehidupan manusia dengan kosmos, fungsi takwim di Alam Melayu pasca Islamisasi lebih menyeluruh.Hubungan manusia dengan alam, dizahirkan dalam aplikasi takwim melalui ‘beberapa nasihat’ tentang cuaca, aktiviti manusia dan amalan pemakanan. Jika kaedah takwim dalam manuskrip falak sebelum abad 19 M masih mempunyai ciri-ciri pseudo sains, takwim yang disusun pada suku pertama abad lepas didapati memuatkan maklumat yang lebih emperik. Dalam Takwim Natijah 1332 H/ 1913 M oleh Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Mursyid Riau dan takwim-takwim cetakan Matbaah al-Ahmadiah sebelum 1930an, ‘nasihat-nasihat’ berkenaan menjadi maklumat wajib. Antaranya hubungan kedudukan buruj-buruj matahari dengan cuaca dan keadaan angin, jenis makanan yang sepatutnya diambil pada musim-musim tertentu serta jenis riadah yang sesuai. Lebih menarik lagi, apabila ‘nasihat-nasihat’ ini disertakan dengan sebab musabab yang logik daripada segi kesihatan, hubungan dan kesuburan seksual, jenis makanan dengan penghadamannya serta kesesuaian ekosistem tempatan. Ini menunjukkan nilainilai sejagat dan gaya hidup seimbang menjadi perhatian utama, dan takwim menjadi medium perantara yang berkesan. Berdasarkan perbincangan di atas, takwim sama ada pengaruh Hindu, Islam atau apa jenispun, merupakan catatan sejarah sesuatu masyarakat. Unsur-unsur ilmu falak digunakan sebagai unit takwim yang berkesan, manakala takwim pula menjadi mekanisme yang menjalin hubungan antara manusia dengan alam dan manusia dengan manusia.



sumber:  http://www.falak.unisza.edu.my/files/Kesan_Pengamalan_Ilmu_Falak.pdf

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • Google+ App Icon
bottom of page